awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear

Bernama
Bernama
01/01/2026
21:00 MYT
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Senarai itu diserahkan secara serentak di Islamabad dan New Delhi melalui saluran diplomatik masing-masing, selaras dengan Perjanjian Larangan Serangan terhadap Pemasangan dan Kemudahan Nuklear antara kedua-dua negara. - Gambar fail/Astro AWANI
NEW DELHI: India dan Pakistan pada Khamis saling bertukar senarai pemasangan serta kemudahan nuklear masing-masing, sepertimana yang dilakukan setiap tahun pada hari pertama Januari.

Ringkasan AI
  • India dan Pakistan bertukar senarai pemasangan serta kemudahan nuklear setiap tahun pada 1 Januari, selaras dengan Perjanjian Larangan Serangan terhadap Pemasangan dan Kemudahan Nuklear antara kedua negara.
  • Pertukaran senarai ke-35 berturut-turut antara kedua negara berlaku, bermula pada 1992, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India.
  • Konflik ketenteraan sebelum ini antara India dan Pakistan pada Mei tahun lalu menimbulkan kebimbangan global tentang potensi berkembang menjadi konflik berskala lebih besar.

Senarai itu diserahkan secara serentak di Islamabad dan New Delhi melalui saluran diplomatik masing-masing, selaras dengan Perjanjian Larangan Serangan terhadap Pemasangan dan Kemudahan Nuklear antara kedua-dua negara.
"Ini merupakan pertukaran senarai ke-35 berturut-turut antara kedua-dua negara, dengan pertukaran pertama pada 1 Januari 1992," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan.
Perjanjian dua hala berkenaan ditandatangani pada 31 Disember 1988 dan mula berkuat kuasa pada 27 Januari 1991.
Pada Mei tahun lalu, dua negara senjata nuklear itu terlibat dalam konflik ketenteraan yang menyaksikan penggunaan jet pejuang, peluru berpandu dan dron.
Konfrontasi itu mencetuskan kebimbangan global bahawa ia berpotensi berkembang menjadi konflik berskala lebih besar.
Speaker Parlimen Pakistan Sardar Ayaz Sadiq dan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar pada Rabu berjabat tangan pada upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Bangladesh, Begum Khaleda Zia di Dhaka, menandakan pertemuan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak konflik berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#nuklear
#konflik ketenteraan
#upacara pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan