awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025

Bernama
Bernama
01/01/2026
20:30 MYT
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Mohd Misuari berkata jumlah kutipan sebanyak RM9,022,105 itu meningkat RM520,785 atau 5.55 peratus berbanding tempoh sama pada 2024 yang merekodkan kutipan RM8.5 juta. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan kutipan kompaun lebih RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas hasil pelaksanaan pelbagai operasi penguatkuasaan di seluruh negeri.

Ringkasan AI
  • JPJ Kelantan merekodkan kutipan kompaun lebih RM9 juta dari operasi penguatkuasaan Januari hingga November 2025, meningkat 5.55% berbanding tahun sebelumnya.
  • Operasi penguatkuasaan termasuk Ops Pemandu Warga Asing, RoadToo/Tunggak, dan Ops Khas Hari Raya, menyebabkan 58,541 kenderaan dikenakan tindakan daripada 200,076 kenderaan yang diperiksa.
  • Sebanyak 32,455 kesalahan dibawa ke mahkamah pada 2025, menunjukkan perlunya kesedaran dan pematuhan pengguna jalan raya ditingkatkan demi keselamatan bersama.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata jumlah kutipan sebanyak RM9,022,105 itu meningkat RM520,785 atau 5.55 peratus berbanding tempoh sama pada 2024 yang merekodkan kutipan RM8.5 juta.
Beliau berkata peningkatan itu antaranya dipengaruhi oleh pelaksanaan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus, selain pengenalan Program Budi MADANI RON95 oleh kerajaan.
"Sepanjang 2025, JPJ Kelantan melaksanakan pelbagai operasi penguatkuasaan antaranya Ops Pemandu Warga Asing (PEWA), Ops RoadToo/Tunggak, Ops Khas Tahun Baharu Cina, Ops Khas Hari Raya Aidilfitri, Ops Khas Hari Raya Aidiladha, dan Ops Khas Kenderaan Mewah (Luxury)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil operasi itu menyaksikan 200,076 kenderaan diperiksa, dengan 58,541 kenderaan diambil tindakan.
Dalam tempoh sama, Mohd Misuari berkata JPJ Kelantan mengeluarkan 116,183 notis pelbagai kesalahan, merangkumi 94,447 notis saman JPJ (P), arah periksa di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (22, 5,675), panggilan temuduga siasatan di bawah Seksyen 114 APJ 1987 (2,801), kemuka butiran pemandu di bawah Seksyen 115 APJ 1987 ( 671) dan 12,589 notis lain-lain kesalahan.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 491 kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan.
Mengulas mengenai pendakwaan, Mohd Misuari berkata 32,455 kes telah dibawa ke mahkamah sepanjang 2025, dengan 32,423 kes melibatkan kesalahan di bawah APJ 1987 yang merekodkan kutipan hasil RM2.44 juta, manakala 32 kes melibatkan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dengan kutipan RM56,500.
"Jumlah kenderaan yang diambil tindakan pada tahun lepas menunjukkan penurunan kecil iaitu 331 kenderaan atau 0.56 peratus berbanding 2024, namun tahap kesedaran dan pematuhan pengguna jalan raya masih perlu dipertingkatkan secara berterusan.
"Penguatkuasaan yang dilaksanakan bukan semata-mata untuk menghukum, sebaliknya bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya demi keselamatan semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#JPJ
#saman
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan