KUCHING:Sarawak hari ini merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 153 kes pada Isnin.

Susulan peningkatan mendadak itu, Kuching, Sibu dan Miri diisytiharkan sebagai zon merah apabila mencatatkan kes positif melebihi 40 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya membuat keputusan bahawa tempoh kuarantin sebaik sahaja tiba di Sarawak dan individu yang dikesan positif ditukar kepada 14 hari.

"Hari ini satu yang amat mengecewakan mengenai penularan COVID-19 di negeri ini apabila 153 kes positif dicatatkan. 94 kes direkodkan di Miri sekali gus mengisytiharkan daerah itu sebagai zon mereka.

"Berikutnya ialah Sibu sebanyak 25 kes yang mana 20 kes dikesan dari Kluster Pasai. Manakala Kuching 13, Dalat (17), Sri Aman (2), Selangau (1) dan Beluru (1)," katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Isnin.