KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 masih di paras melebihi 17,000 apabila mencatatkan 17,170 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam (17,405 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1.078 juta kes.

Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 7,163 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212 kes), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884) dan Sabah (776).

Dalam pada itu, sebanyak 12,930 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 890,742 kes.

Daripada jumlah kes harian, terdapat 32 kes import manakala 17,138 kes adalah jangkitan tempatan.

Sementara itu sebanyak 174 lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,725 kes.

Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) jelasnya sebanyak 1,043 kes, manakala 531 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.