KUALA LUMPUR : Kes positif harian COVID-19 negara terus mencatatkan trend penurunan apabila 17,828 kes direkodkan semalam, berbanding 19,105 kes pada 20 Mac.

Angka harian kes COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan di bawah 20,000 kes dengan 17,828 jangkitan baharu direkodkan semalam.

Daripada jumlah kes baharu, 17,421 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 407 adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 17,672 kes (99.12%) adalah kategori satu dan dua, manakala 156 kes (0.88%) adalah kategori 3, 4 dan 5.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4,010,952 kes kumulatif. 

Sebanyak 358 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 199 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, 28,003 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 3,712,668. 

Beliau berkata sebanyak 358 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 199 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Menurut Dr Noor Hisham, lima negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) lebih 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (63 peratus), Kelantan (58 peratus), Johor (57 peratus), Selangor (57 peratus) dan Perak (51 peratus).

Mengenai nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara, beliau berkata, ia masih kekal 0.92 dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.03 diikuti Perak dengan 1.01. 

Semalam juga, dua kluster baharu direkodkan, menjadikan 6,914 kluster secara keseluruhan, dengan 292 kluster masih aktif.