KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan sebanyak 17 kluster baharu pada Rabu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut:

KLUSTER PARIT LANJUT

- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 1,451 individu disaring, 547 kes positif.

KLUSTER INDUSTRI GRISEK

- Melibatkan daerah Tangkak dan Muar, Johor.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 537 individu disaring, 145 kes positif.

KLUSTER JALAN TRUS

- Melibatkan daerah Johor Bahru dan Kluang, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan kemasukan wad.
- Seramai 77 individu disaring, 10 kes positif.

KLUSTER JALAN MEDINI

- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 15 Januari hasil saringan individu bergejala
- Seramai 291 individu disaring, 13 kes positif.

KLUSTER TENGAH TIGA

- Melibatkan daerah Kluang, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 78 individu disaring, 9 kes positif.

BACA: COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes

KLUSTER PENGERANG UTARA

- Melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor.
- Kes dikesan positif pada 18 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 235 individu disaring, 26 kes positif.

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN TECOMA

- Melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan bersasar tapak binaan.
- Seramai 376 individu disaring, 157 kes positif.

KLUSTER DANAU

- Melibatkan daerah Tititwansa, Kuala Lumpur
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan pengawal keselamatan.
- Seramai 47 individu disaring, 11 kes positif.

KLUSTER JALAN YAHYA

- Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 26 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 100 individu disaring, lapan kes positif.

KLUSTER JALAN PUDU

- Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 152 individu disaring, 13 kes positif.

KLUSTER JALAN MUTIARA

- Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan pra pekerjaan pengawal keselamatan.
- Seramai 32 individu disaring, kesemuanya positif.

KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG

- Melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 10 Januari hasil saringan bersasar tapak bina.
- Seramai 1,252 individu disaring, 46 kes positif.

KLUSTER PERSIARAN PERKILANGAN

- Melibatkan daerah Petaling dan Klang, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 18 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 2,121 individu disaring, 19 kes positif.

KLUSTER JALAN SULAMAN

- Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 111 individu disaring, 23 kes positif.

KLUSTER JALAN SERI

- Melibatkan daerah Kinta, Perak.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil kes influenza.
- Seramai 24 individu disaring, 17 kes positif.

KLUSTER JALAN PENGKALAN

- Melibatkan daerah Kinta, Kerian, Kampar, Perak.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan sebelum pulang negara asal.
- Seramai 104 individu disaring, 41 kes positif.

KLUSTER BEDAYAN

- Melibatkan daerah Serian dan Samarahan, Sarawak.
- Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan  individu bergejala.
- Seramai 112 individu disaring, 13 kes positif.