MALAYSIA
COVID-19: 17 lagi kematian direkod, 4 BID

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 17 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 17 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,538 orang, daripada 2.64 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 17 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 62,486 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 50,925 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,038 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,024 kes dirawat di hospital dan 499 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 230 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 269 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami