awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2023
22:40 MYT
COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif adalah sebanyak 9,239 kes di mana 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 56 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Sabtu turun ke 170, berbanding 204 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Dua daripada jangkitan itu merupakan kes import.
Untuk Sabtu, tiada kes kematian direkodkan berkaitan COVID-19.
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu kekal di bawah 10,000 kes iaitu 9,239 berbanding 9,247 kes hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 301 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, empat pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan satu pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 178 kes pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan