KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes.

"Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153)," katanya menerusi kemas kini di media sosial beliau.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan, pertambahan itu menyebabkan kes aktif kini adalah 20,522 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 228 kes sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 93 kes," katanya.


Beliau turut memaklumkan terdapat lapan kematian baharu direkodkan di empat negeri iaitu Sarawak (3), Sabah (2), Selangor (2) dan Kuala Lumpur (1).

Sementara itu, sejumlah 1,402 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj.

Berikut antara pecahan kes baharu mengikut negeri:

Sarawak - 589 (24,529)
Selangor - 457 (124,046)
Kelantan - 290 (8,738)
WP KL - 153 (40,245)
Sabah - 125 (56,910)
Johor - 115 (43,431)
P Pinang - 91 (18,375)
N Sembilan - 91 (18,006)
Kedah - 48 (9,129)
Perak - 43 (14,104)
Pahang - 32 (4,727)
Melaka - 27 (6,929)
Terengganu - 8 (3,903)
WP Labuan - 6 (2,433)
WP Putrajaya - 2 (1,277)
Perlis - 1 (350)