KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 21,072 kes COVID-19 setakat jam 12.00 tengah hari Ahad.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitternya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 3,040,235 kes.

Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 21,007 kes merupakan kes tempatan, manakala 65 kes import.

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 99.59 peratus bersamaan 20,986 kes merupakan pesakit kategori 1 dan 2.

Manakala 86 kes bersamaan 0.41 peratus merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5.

Kes sembuh direkodkan pula sebanyak 5,724 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,852,437 kes setakat ini.

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 187 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 109 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

10 kluster baharu turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 421 kluster.

Maklumat lanjut berhubung kes harian akan dikeluarkan dalam laman sesawang COVIDNOW tengah malam nanti.