awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 21 Sekolah Agama Rakyat, tujuh tadika Islam di Perak ditutup sementara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/10/2020
06:31 MYT
COVID-19: 21 Sekolah Agama Rakyat, tujuh tadika Islam di Perak ditutup sementara
Kesemua 21 sekolah dan tadika yang ditutup sementara itu terletak di daerah Manjung, Larut Matang, Selama, Kerian dan Kinta.
IPOH:Sebanyak 21 buah Sekolah Agama Rakyat Intergrasi KAFA dan tujuh buah tadika Islam di Perak ditutup sementara kerana terkesan dengan kes jangkitan COVID-19.
Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, kesemua sekolah dan tadika itu ditutup mulai 14 hingga 25 Oktober ini.
Menurutnya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyediakan peruntukan RM2.2 juta untuk kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi sekolah dah tadika berkenaan.
Katanya, kesemua sekolah dan tadika itu terletak di daerah Manjung, Larut Matang, Selama, Kerian dan Kinta.
“Kita jangka kemungkinan ada lagi sebab ada beberapa tempat masih lagi para pelajar melalui swab test.
“Jika nasihat daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) perlu ditutup, maka akan kita keluarkan lah pekeling ataupun arahan untuk ditutup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini
Menurut Mohd Akmal, ada di antara sekolah dan tadika itu telah selesai menjalankan aktiviti pembersihan dan ada juga yang masih dalam proses.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya jangan panik kerana penutupan dan kerja-kerja disinfeksi yang dijalankan adalah prosedur biasa untuk menyekat penularan COVID-19.
“Semua kita termasuk pihak kerajaan, ibu bapa dan semua pihak perlu bekerjasama untuk menyekat penularan pandemik ataupun COVID-19 ini,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan pihak pengurusan SAR dan tadika Islam di Perak supaya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menutupnya jika perlu.
Topic Berkaitan
#COVID19
#sekolah agama rakyat
#tadika islam
#KAFA
#Perak
#ditutup sementara
#disinfeksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan