KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Selangor mengarahkan penutupan sebanyak 21 buah sekolah di negeri itu selepas menerima laporan terdapat kes COVID-19 di semua sekolah terlibat.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Selangor, Azmi Misron memaklumkan sekolah-sekolah tersebut diarah tutup selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Mei.

"Penutupan berkenaan bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

"Pihak sekolah juga perlu memastikan kerja-kerja disinfeksi atau sanitasi di sekolah  dilaksanakan semasa tempoh penutupan.

"Pihak sekolah juga perlu  mengadakan perbincangan dengan pihak PKD bersama dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) pada hari pertama penutupan untuk menentukan keperluan melanjutkan penutupan sekolah," ujarnya dalam satu surat yang dilihat Astro AWANI di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak sekolah juga perlu berhubung dengan ibu bapa serta penjaga dari semasa ke semasa agar maklumat berkaitan tempoh penutupan sekolah dapat disampaikan dengan jelas.

"Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah memastikan guru-guru Bekerja Dari Rumah (BDR) dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah," tambahnya.

Sekolah yang ditutup melibatkan 11 Sekolah Kebangsaan (SK), empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan masing-masing satu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK).

Berikut senarai 21 buah sekolah yang diarah tutup di PPD Hulu Langat:

1. SK Bandar Tasik Kesuma

3. SMK Cheras Jaya

4. SJKC Batu 11

5. SMK Bandar Tun Hussein Onn 2

6. SK Jalan 3

7. SK Seri Sekamat

8. SJKT Bandar Mahkota Cheras

9. SMK Saujana Impian

10. SK Jalan 3

11. SJKC Bandar Kajang 2

12. SK Semenyih

13. SK Sungai Serai

14. SMK Sultan Abdul Aziz Shah

15. SK Bandar Seri Putra

16. SK Convent

17. SMK Cheras Jaya

18. SK Bandar Baru Bangi

19. SK Bangi

20. SJKC Ton Fah

21. SMJK Yu Hua
COVID-19 | 21 buah sekolah di selangor diarah tutup