Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara waktu, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang sedang berkembang di negara itu.
Ringkasan AI
- Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Venezuela berdasarkan situasi keselamatan negara itu.
- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh perkembangan terkini di Venezuela, menurut kenyataan media Kementerian Luar.
- Kedutaan Besar Malaysia di Caracas memastikan semua rakyat Malaysia di sana dalam keadaan selamat.
"Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di sana... Kesemua mereka telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat," menurut Wisma Putra.
Kementerian Luar menambah bahawa ia akan terus memantau situasi berkenaan dengan teliti dan akan memberikan makluman terkini jika perlu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa nasihat terkini Kementerian Luar kepada rakyat Malaysia mengenai perjalanan ke Venezuela? A: Kementerian Luar menasihatkan agar menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela berdasarkan situasi keselamatan negara itu.
- Q: Adakah terdapat rakyat Malaysia yang terjejas oleh perkembangan terkini di Venezuela? A: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh perkembangan tersebut, menurut kenyataan media Kementerian Luar.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kedutaan Besar Malaysia di Caracas bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana? A: Kedutaan Besar Malaysia di Caracas memastikan semua rakyat Malaysia di sana dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

