awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden sengatan ikan ketuka jarang berlaku, tiada kluster - Jabatan Perikanan

Bernama
Bernama
07/01/2026
08:30 MYT
Insiden sengatan ikan ketuka jarang berlaku, tiada kluster - Jabatan Perikanan
Pada 3 Jan, kanak-kanak 10 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas disengat ikan ketuka ketika mandi di Pantai Tanjung Asam Gertak Sanggul. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Kejadian sengatan ikan ketuka di Pulau Pinang disifatkan sebagai kes terpencil kerana jarang berlaku dan tidak melibatkan laporan berulang atau kluster yang signifikan, khususnya di Pantai Tanjung Asam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ringkasan AI
  • Kejadian sengatan ikan ketuka di Pantai Tanjung Asam, Pulau Pinang disifatkan sebagai kes terpencil tanpa laporan berulang atau kluster signifikan.
  • Pengarah Perikanan negeri Zarina Zainuddin menyatakan Pantai Tanjung Asam bukan kawasan berisiko tinggi bagi ikan ketuka disebabkan kurangnya sejarah konsisten kemunculan spesies tersebut.
  • Toksin ikan ketuka boleh menyebabkan kesan tempatan seperti keradangan dan nekrosis tisu, manakala kes lebih serius termasuk kekejangan otot dan gangguan ritma jantung.

Pengarah Perikanan negeri Zarina Zainuddin berkata setakat ini Pantai Tanjung Asam tidak dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi terhadap kehadiran ikan ketuka atau lebih dikenali sebagai pari ketuka kerana kawasan itu tidak mempunyai sejarah konsisten kemunculan spesies tersebut.
Bagaimanapun, jabatan itu mengambil perhatian insiden membabitkan seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun disengat ikan ketuka ketika mandi di pantai tersebut dengan pemantauan berkala akan diteruskan bagi memastikan keselamatan pengunjung.
"Ikan itu merupakan kumpulan ikan pari daripada keluarga Dasyatidae, lazimnya lebih aktif serta mendekati kawasan pantai cetek semasa musim panas dan peralihan monsun apabila suhu air serta keadaan ombak sesuai untuk aktiviti pemakanan atau pembiakan tetapi kehadirannya tidak menentu dan sukar diramal.
"Perubahan arus yang membawa nutrien atau sumber makanan seperti udang dan ikan kecil, aktiviti manusia termasuk pembuangan sisa makanan atau sisa akuakultur tidak terkawal, kekeruhan air dan struktur dasar yang menjadi habitat semula jadi antara faktor kehadirannya ke kawasan pantai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Zarina berkata bisa ikan pari tertumpu pada duri bahagian ekor dan mengandungi campuran protein kompleks yang bersifat termolabil, iaitu boleh terurai apabila terdedah kepada haba.
Toksin itu boleh menyebabkan dua kali ganda kesan iaitu kesan tempatan seperti keradangan, bengkak dan kematian tisu (nekrosis) pada kawasan luka sengatan yang biasanya sukar sembuh serta berisiko tinggi terkena jangkitan kuman.
Dalam kes lebih serius, beliau berkata mangsa boleh mengalami kekejangan otot, penurunan tekanan darah, muntah serta gangguan ritma jantung.
"Bisa ikan ketuka tidak dihasilkan dalam kelenjar yang nyata seperti ular sebaliknya terkandung dalam tisu epitelium (kulit) yang menyaluti duri atau taji pada ekor. Jadi apabila duri itu menusuk kulit mangsa, sarung kulit akan pecah dan melepaskan toksin terus ke dalam luka," katanya.
Zarina menasihatkan ibu bapa dan pengunjung pantai supaya mengelakkan kawasan berlumpur, berkelodak atau berkarang yang berpotensi menjadi tempat ikan ketuka bersembunyi selain tidak menyentuh atau mengangkat hidupan laut yang tidak dikenali serta sentiasa mengawasi anak ketika di pantai.
Zarina berkata jika disengat, bahagian terlibat disarankan direndam dalam air panas pada suhu sekitar 45 darjah Celsius atau setakat yang mampu ditanggung selama 30 hingga 90 minit bagi menyahaktifkan protein bisa dan mengurangkan kesakitan.
"Jika duri tertanam pada bahagian kritikal seperti dada atau perut, jangan mencabutnya dan segera mendapatkan rawatan di hospital," katanya.
Pada 3 Jan, kanak-kanak 10 tahun Zaeed Khan Wazir Khan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas disengat ikan ketuka ketika mandi di Pantai Tanjung Asam Gertak Sanggul pada kira-kira 5 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes sengatan ikan
#ikan ketuka
#pulau pinang
#pantai tanjung asam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan