KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 22,341 kes direkodkan pada Sabtu berbanding 27,004 pada Jumaat.

Statistik itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 3,974,019 kes.

Daripada jumlah kes baharu, 21,817 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 524 adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu, sebanyak 10,181 kes atau 45.57 peratus adalah kategori 1, manakala kategori 2 sebanyak 12,007 kes (53.75 peratus).

Sementara itu, kategori 3 merekodkan 58 kes atau 0.26 peratus, kategori 4 ialah 45 kes (0.20 peratus) serta kategori 5 sebanyak 50 kes (0.22 peratus).

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 390 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 219 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes sempuh pula, beliau berkata sebanyak 33,347 kes dicatatkan.

Sebanyak enam lagi kluster baharu direkodkan, dengan 316 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai Kadar Kebolehjangkitan (R-Naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.92, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.06.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan bacaan R-Naught pada 1.01, manakala Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 1.01

Menurut maklumat di laman sesawang COVID.NOW juga, sebanyak 85 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi, dengan 23 kes kematian berlaku di luar hospital.

Jumlah kematian meningkat kepada 34,329 kes.