KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan pertambahan 229 kes positif COVID-19 pada Jumaat yang juga menjadi angka kes harian tertinggi di negeri ini sehingga kini.
Menerusi sidang media pada Jumaat, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata Sibu terus mencatat pertambahan tertinggi dengan 168 kes diikuti Miri (28), Kuching (sembilan), Subis (dua) Bintulu (satu) dan masing-masing tujuh kes di Kanowit, Sri Aman dan Lubok Antu.
Menurutnya , Kluster Pasai melaporkan pertambahan kes positif tertinggi dengan merekodkan 112 kes.
“Jumlah keseluruhan kes kluster ini terus meningkat kepada 1,094 kes.
“Sejumlah 10,250 individu telah disaring dengan 7,500 disahkan negatif dan 1,656 masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata Uggah.
Selain itu, dua kes kematian turut dilaporkan di Miri dan Sibu, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 24 kes.
“Kes kematian ke-23 merupakan kes 2,775 dilaporkan meninggal dunia pada 21 Januari 2021 dan dilapor mempunyai kes ko-morbid lain seperti kencing manis, darah tinggi dan dislipdemia.
“Manakala kes kematian ke-24 merupakan kes 2,182 daripada Kluster Pasai disahkan meninggal dunia pada 22 Januari 2021 dan juga mempunyai ko-morbid seperti kencing manis, darah tinggi dan juga asma,” tambah Uggah.
Selain itu, 141 kes pulih baharu dan discaj dilaporkan melibatkan 68 kes dari Hospital Sibu, Hospital Miri (45), Hospital Umum Sarawak (23) dan Hospital Bintulu (lima).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,469 kes atau 50.12 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Syafik Shukri Jalil
Fri Jan 22 2021

Dua kes kematian turut dilaporkan di Miri dan Sibu menjadikan jumlah kes kematian di akibat COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 24 kes. FOTO: Astro AWANI

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

5G | SPV pastikan syarikat penyedia tidak terbeban
Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOM-SPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G tidak terletak pada bahu pihak penyedia perkhidmatan. Pada masa sama, penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Vaksin COVID-19 | Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini. Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

MySejahtera | 505,565 telah daftar suntikan vaksin COVID-19
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, setakat jam 4.30 petang tadi, sejumlah 505,565 pendaftaran telahpun diterima.

Vaksin COVID-19 | Vaksin bukan alasan henti amalan norma baharu
Meskipun negara telah memperoleh vaksin, namun ia tidak bermaksud langkah mengamalkan norma baharu telah terhenti. Pakar Perunding Respitori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmi Haja Mydin berkata keberadaan vaksin hanya satu senjata yang perlu disokong dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Perihal logistik diberi keutamaan
Keperluan logistik menjadi keutamaan kerajaan negeri Sarawak dalam menjayakan program imunisasi vaksin COVID-19 negeri itu. Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk urusan logistik.

Tidak mustahil PRU-15 September ini - Khairy Jamaluddin
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin akan diadakan seawal September ini, sebaik sahaja separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.

Parlimen boleh diteruskan tanpa nasihat PM - Ku Li
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau menyambut baik kenyataan Istana Negara pada Rabu berhubung kebenaran sidang Parlimen sewaktu tempoh darurat.

COVID-19 Sarawak: Angka pulih melebihi kes positif baharu, satu lagi kluster dikesan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan 214 kes pulih COVID-19.

Keputusan tarikh SPM bagi pelajar terjejas di Sarawak dibincangkan hari ini - Manyin
Keputusan terhadap pelaksanaan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang melibatkan 428 pelajar dari 32 sekolah di Sarawak akan dibincangkan dalam satu mesyuarat hari ini.

COVID-19: 428 pelajar di Sarawak tidak dapat duduki SPM
428 pelajar melibatkan 32 sekolah di Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

COVID-19: 221 kes positif, dua kluster baharu di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 221 kes positif COVID-19 dengan Kuching menyumbang angka kes positif tertinggi iaitu 67 kes.

COVID-19: Kampung Emperoh Jambu di Padawan dikenakan PKPD
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Emperoh Jambu, Padawan selama 14 hari.

Mobilisasi penghantaran vaksin COVID-19 di Kapit dirancang rapi - Ahli Parlimen Hulu Rajang
Bagi menjayakan proses mobilisasi vaksin ke kawasan pedalaman di daerah Kapit, penjadualan penghantaran diatur berdasarkan kedudukan geografi sesuatu kawasan.

COVID-19: Angka pulih di Sarawak melebihi jumlah kes positif baharu
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 195 kes pulih baharu menjadikan jumlah itu meningkat kepada 5,774 atau 72.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu.

Miri terima bekalan vaksin fasa pertama 6 Mac ini
Vaksin Pfizer BioNTech dijangka tiba di Miri, Sarawak pada 6 Mac 2021 dan suntikan akan diberikan menerusi tiga fasa.

Warga pendidik perlu diberi keutamaan untuk terima vaksin COVID-19
Kesatuan Guru Sarawak (STU) berpendapat warga pendidik perlu dilibatkan dalam kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19.

COVID-19: Empat kematian, 134 kes positif di Sarawak
Sarawak melaporkan empat kematian akibat COVID-19 menerusi dua kes di Sibu dan satu kes masing-masing di Bintulu dan Miri.