awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Keluarga setuju selesai secara baik insiden remaja OKU dipukul di Belaga - Polis
MALAYSIA
Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi

Bernama
Bernama
01/07/2025
07:32 MYT
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi
Mayat Morais ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept 2015. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Kol Dr R. Kunaseegaran atas kesalahan membunuh Datuk Anthony Kevin Morais, manakala dua tertuduh lain, S. Nimalan dan S. Ravi Chandran, dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh dan syarat berbeza.
  • Tiga individu lain iaitu R. Dinishwaran, A.K. Thinesh Kumar dan M. Vishwanath dibebaskan daripada pertuduhan membunuh selepas rayuan mereka didengar oleh panel tiga hakim.
  • Kes pembunuhan berlaku pada 4 September 2015 dan mayat Morais ditemukan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pada 16 September tahun sama.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S.Nimalan, 31 dan S. Ravi Chandran, 53.
Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.
Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran yang dijatuhi hukuman penjara 40 tahun, tidak dikenakan hukuman sebat kerana dia berusia lebih 50 tahun.
Hakim Tengku Maimun berkata hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana beliau telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.
Sementara itu panel yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang, melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R.Dinishwaran, 32, A.K.Thinesh Kumar, 31, M. Vishwanath, 34, daripada pertuduhan.
Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan keenam-kenam lelaki itu dengan kesalahan membunuh Morais di sebuah lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015.
Rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan pada 14 Mac tahun lepas.
Morais yang dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
Mayat Morais ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept tahun yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh Kevin Morais
#keputusan mahkamah persekutuan
#hukuman mahkamah
#Anthony Kevin Morais
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami