awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah sejak musim 1447H bermula

Bernama
Bernama
01/07/2025
07:28 MYT
Arab Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah sejak musim 1447H bermula
Platform "Nusuk" membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit umrah dengan mudah serta menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi meningkatkan pengalaman ibadah. - Gambar/ Reuters
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah telah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Ringkasan AI
  • Lebih 190,000 visa umrah telah dikeluarkan kepada jemaah luar negara sejak bermulanya musim umrah 1447 Hijrah, dengan permohonan dibuka melalui platform digital "Nusuk".
  • Platform "Nusuk" membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit umrah dengan mudah serta menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi meningkatkan pengalaman ibadah.
  • Peningkatan permohonan visa berlaku selepas musim haji yang berjaya, hasil daripada prosedur yang lebih lancar, prestasi dipertingkat dan infrastruktur teknikal yang dinaik taraf selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi.

Kementerian sebelum ini mengisytiharkan permulaan rasmi musim umrah pada Selasa, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform "Nusuk".
Langkah itu menandakan fasa baharu dalam usaha mempermudah perkhidmatan ibadah umrah selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan pengalaman jemaah di bawah Visi 2030 Arab Saudi.
Menurut kementerian, pengeluaran permit umrah telah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi "Nusuk", platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.
Platform itu membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit dengan mudah, selain menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi menyokong dan meningkatkan pengalaman ibadah umrah.
Peningkatan awal dalam permohonan visa umrah ini berlaku selepas musim haji yang sangat berjaya, yang dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#visa umrah
#Nusuk
#Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan