KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 23 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,678 orang, daripada 2.78 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 23 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 39,927 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 32,743 individu atau 82 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,520 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,416 kes dirawat di hospital dan 248 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 117 lagi memerlukan mesin ventilator.
Astro Awani
Sun Jan 09 2022

Setakat tengah malam tadi, terdapat sebanyak 3,416 kes COVID-19 yang dirawat di hospital dan 248 pesakit ICU. - Gambar hiasan

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada PRU15.

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Peringkat Nasional | Sambutan bersejarah Hari Guru ke-51 di Kelantan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 pada tahun ini cipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kelantan. Diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, dengan bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", ia diraikan selepas dua tahun negara dalam pandemik COVID-19.

COVID-19: Enam kematian baharu, 3 BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan ENAM kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Tiga kematian baharu direkod, tiada BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Tujuh kematian baharu direkod, dua BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Tiga kematian direkod, tiada BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tiga kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Kes harian turun bawah 1,000, sembilan kematian
Daripada jumlah itu, lima kematian adalah di luar hospital atau 'brought-in-dead'.

COVID-19: 1,348 kes baharu, enam kematian
Enam kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi termasuk satu yang berlaku di luar hospital.

COVID-19: 1,503 kes baharu, tiga lagi kematian dilaporkan
Sebanyak 1,503 kes harian baharu direkodkan semalam (Ahad), menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,449,507 kes.

COVID-19: Lima kematian direkod, tiada BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Enam kematian baharu direkod, empat BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

COVID-19: 13 kematian baharu direkod, satu BID
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 13 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.