awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB beri amaran dunia masuki era 'muflis air global'
Jeju Air haramkan penggunaan bateri mudah alih
MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco

Bernama
Bernama
21/01/2026
14:30 MYT
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
Zairil berkata sebarang pertimbangan penamaan jalan perlu mematuhi Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Malaysia Edisi Ketiga termasuk keperluan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah menimbangkan untuk menukar nama Jalan Pantai Bersih, Butterworth di sini, sebaliknya permohonan penukaran yang diterima hanya melibatkan jalan cabang sepanjang 280 meter di hadapan Tokong Thean Hock Keong.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan ubah nama Jalan Pantai Bersih, Butterworth; hanya pertimbangkan tukar nama jalan cabang 280 meter berhampiran Tokong Thean Hock Keong.
  • Pengerusi Jawatankuasa Nama-Nama Jalan Negeri, Zairil Khir Johari, jelaskan bahawa pembatalan penelitian nama "Dragon Temple Lane" berikutan tiada bukti rasmi penggunaan dalam sistem alamat kerajaan.
  • Pertimbangan penamaan jalan mengikut Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Malaysia Edisi Ketiga perlu ikut bahasa Melayu; cadangan nama alternatif seperti Jalan Tokong Naga boleh dipertimbangkan.

Penjelasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Pengangkutan Awam dan Digital negeri Zairil Khir Johari itu susulan kebimbangan orang awam terhadap kemungkinan jalan utama di kawasan Pantai Bersih akan ditukar nama kepada "Dragon Temple Lane"
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Nama-Nama Jalan Negeri berkata permohonan penukaran nama jalan cabang tersebut yang juga dipanggil Jalan Pantai Bersih, dikemukakan lebih setahun lalu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Phee Syn Tze bersama Persatuan Thean Hock Kiong.
"Seperti lazimnya, setiap permohonan penamaan atau pertukaran nama jalan akan melalui Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Negeri sebelum dibawa ke Jawatankuasa Nama-Nama Jalan Negeri. Bagaimanapun, penelitian oleh jawatankuasa teknikal ditangguhkan pada 2024 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Kekeliruan timbul kerana terdapat dua laluan yang menggunakan nama Jalan Pantai Bersih iaitu jalan utama yang bermula dari persimpangan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) ke Jalan Gangsa, serta jalan cabang sepanjang 280 meter," katanya pada sidang akhbar di KOMTAR di sini dan turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Bagi penggunaan nama "Dragon Temple Lane", beliau berkata jawatankuasa mendapati tiada bukti kukuh yang menunjukkan nama tersebut pernah diwartakan atau digunakan secara rasmi dalam sistem alamat dan peta kerajaan.
"Namun, kami mendapati nama itu digunakan secara tradisional oleh komuniti setempat sejak dahulu, sama seperti beberapa kes lain di Pulau Pinang yang melibatkan penggunaan nama jalan tidak rasmi dalam dokumen lama," katanya.
Beliau berkata sebarang pertimbangan penamaan jalan perlu mematuhi Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Malaysia Edisi Ketiga termasuk keperluan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan nama "Dragon Temple Lane" tidak mematuhi garis panduan itu, namun cadangan dalam bahasa Melayu seperti Jalan Tokong Naga boleh dipertimbangkan kerana mencerminkan unsur sejarah dan identiti setempat.
Beliau berkata hingga kini tiada keputusan muktamad dibuat berhubung pertukaran nama jalan itu kerana ia melibatkan implikasi besar kepada penduduk dan premis beralamat di kawasan berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, Zairil berkata kejadian lubang benam di Jalan Kenyalang 1 melibatkan lorong sisi di Bayan Lepas, di sini yang dilaporkan berlaku Isnin lepas dipercayai berpunca daripada kebocoran paip utiliti bawah tanah.
"Kita perlu mengenal pasti sumber kebocoran sama ada ia melibatkan paip utiliti milik Indah Water Konsortium (IWK) atau Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), kerana memang terdapat laluan paip di situ," katanya.
Media melaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang memaklumkan Jalan Kenyalang 1 membabitkan lorong sisi di Bayan Lepas dekat sini ditutup selama enam hari sehingga 25 Jan berikutan kewujudan lubang benam yang berlaku di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#lubang benam
#Bahasa Melayu
#Jalan Pantai Bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan