awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2023
21:15 MYT
COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat
Sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 60 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik sedikit ke 235, berbanding 226 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Enam daripada jangkitan itu merupakan kes import.
Satu kes kematian direkodkan berkaitan COVID-19 pada Rabu.
Sementara itu, sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 330 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, tujuh pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan seorang pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 216 kes pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan