awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 27 sekolah di Johor ditutup

Bernama
Bernama
21/04/2021
10:10 MYT
COVID-19: 27 sekolah di Johor ditutup
Penutupan itu meliputi 10 sekolah agama dan 17 lagi merupakan sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 27 sekolah di Johor terpaksa ditutup setelah merekodkan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas, murid dan pelajarnya.
Penutupan itu meliputi 10 sekolah agama dan 17 lagi merupakan sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang berkata kesemua 17 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan itu ditutup secara berperingkat sejak tiga hari lepas.
"Penutupan selama seminggu itu bagi memberi laluan kepada ujian calitan COVID-19 ke atas semua pihak terlibat serta proses sanitasi dijalankan.
"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana keadaan masih terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas senarai 29 sekolah yang tular di media sosial kerana kononnya telah mencatatkan kes positif COVID-19 baharu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata sekolah agama yang ditutup melibatkan empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing, dengan tempoh penutupan adalah antara empat hingga 11 hari .
"Di Johor Bahru, ia melibatkan Sekolah Agama (SA) Tambatan Tinggi; Kota Tinggi (SA Taman Sri Saujana); Kulai (SA Taman Kota Kulai 2 dan SA Taman Muhibah) dan Mersing (SA Teriang, SA Tan Sri Abd Kadir; SA Bandar Endau, SA Semanyir, SA Belukar Juling dan SA Pusat Air Tawar)," katanya.
Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata seramai 159 pelajar daripada lima sekolah di Johor Bahru telah diarahkan supaya menjalani ujian calitan COVID-19 di Pusat Sehenti Penilaian COVID-19 di Pasir Gudang dan Bukit Indah.
Vidyananthan juga berkata tindakan telah diambil bagi memastikan tiada penularan berlaku di sekolah yang dikenal pasti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekolah ditutup
#ujian calitan COVID-19
#Kementerian Pendidikan
#tutup sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan