awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 276 kes positif di Sarawak, satu kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2021
10:49 MYT
COVID-19: 276 kes positif di Sarawak, satu kematian dicatat
Antara lain, daerah Bau kembali dikategorikan sebagai zon kuning daripada zon jingga selepas hanya merekodkan 14 kes positif dalam tempoh 14 hari lepas. - FOTO: REUTERS
KUALA LUMPUR: Sarawak mencatatkan pertambahan 276 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 14,250.
Sibu merekodkan 68 kes diikuti Bintulu (66), Miri (50), Julau (25), Kuching (19), Meradong (16), Serian (10), Betong dan Kapit (lima), Sri Aman dan Subis (tiga), Song (dua) manakala satu kes masing-masing di Samarahan, Sarikei, Sebauh dan Tanjung Manis.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad, satu kematian melibatkan kes 12,907 dilaporkan di Hospital Sibu.
“Kes kematian ke-97 melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.
“Dia disahkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 dan meninggal dunia pada 19 Mac 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi,” kata kenyataan itu.
Selain itu, 34 kluster dilaporkan kekal aktif dengan 12 kluster merekodkan pertambahan kes.
Manakala satu kluster melibatkan Kluster Sebangkoi di Sri Aman diisytiharkan tamat setelah tidak merekodkan kes baharu dalam tempoh 28 hari daripada tarikh akhir kes positif dilaporkan.
Antara lain, daerah Bau kembali dikategorikan sebagai zon kuning daripada zon jingga selepas hanya merekodkan 14 kes positif dalam tempoh 14 hari lepas.
Ini menjadikan jumlah zon kuning meningkat kepada 17 daerah manakala dua daerah kekal dikategorikan sebagai zon jingga, 12 daerah zon merah dan sembilan zon hijau.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes terkini di Sarawak
#Kluster baharu di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#kes kematian COVID-19
#zon jingga di Sarawak
#Kuching
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan