awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
08/01/2026
15:30 MYT
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata keputusan itu selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sebarang prosiding. - Gambar fail/Bernama
BANDAR BAHARU: Keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terletak sepenuhnya di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ringkasan AI
  • Keputusan tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC), berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa penempatan semula Pejabat Imigresen Kulim ke premis baharu bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, termasuk peningkatan kecekapan dalam pemprosesan permohonan pasport.
  • Pejabat Imigresen Kulim kini beroperasi di lokasi yang lebih besar dan selesa, memberi kelegaan kepada penduduk Kedah Selatan dan rakyat Pulau Pinang, serta mengurangkan kesesakan di pejabat imigresen lain, khususnya pada hujung minggu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sebarang prosiding.
"Apa juga keputusan dibuat Peguam Negara, saya percaya ia dibuat dalam ruang perundangan mengikut kuasa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah 2026 di sini hari ini.
Terdahulu, AGC memaklumkan jabatan itu memutuskan NFA terhadap 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi melibatkan Ahmad Zahid, sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata Pejabat Imigresen Kulim kini beroperasi di premis baharu yang lebih luas dan selesa, sekali gus menjawab rungutan orang ramai berhubung kesesakan, kekurangan tempat letak kenderaan dan ketidakselesaan di lokasi lama terletak di deretan rumah kedai sebelum ini.
Beliau berkata penempatan semula pejabat itu bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan peningkatan jumlah urusan berkaitan pasport, pas sempadan dan pengurusan pekerja asing.
"Kecekapan perkhidmatan turut menjadi tumpuan apabila permohonan pasport dilaporkan dapat diproses, diluluskan dan dikeluarkan dalam tempoh sekitar satu jam, satu petunjuk prestasi yang disifatkan sangat baik bagi jabatan ini," katanya.
Saifuddin Nasution berkata lokasi strategik pejabat baharu itu dijangka memberi kelegaan bukan sahaja kepada penduduk Kedah Selatan, malah kepada rakyat Pulau Pinang untuk berurusan, khususnya pada hujung minggu, sekali gus mengurangkan kesesakan di pejabat imigresen lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#pekerja asing
#Yayasan Akalbudi
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan