awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 333 kes baharu, satu kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2023
22:15 MYT
COVID-19: 333 kes baharu, satu kematian dicatat
Kes aktif pada Selasa juga turun ke 11,763 kes dan daripada jumlah itu, 11,109 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dan kekal berada di bawah 400 kes untuk dua hari berturut-turut.
Semalam, jumlah kes turun ke 333 kes, berbanding 360 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut memaklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.
Sementara itu, kes aktif pada Selasa juga turun ke 11,763 kes dan daripada jumlah itu, 11,109 kes atau 94.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 622 pesakit mendapat rawatan di hospital.
32 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 376 kes sembuh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan