MALAYSIA
COVID-19: 38 lagi kematian direkod, 8 BID

Setakat Isnin, seramai 5,780 orang pesakit COVID-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 seluruh negara. - Gambar hiasan/fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,652 orang, daripada 2.65 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 8 daripada 38 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 60,329 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 49,358 individu atau 81.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,780 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,728 kes dirawat di hospital dan 463 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 214 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 249 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami