Jepun alih tumpuan ke India untuk bekalan tenaga kerja pengasuh

Berdasarkan anggaran kerajaan, Jepun dijangka menghadapi kekurangan 570,000 pekerja penjagaan menjelang tahun fiskal 2040 akibat penuaan populasinya. - Gambar hiasan/Bernama
TOKYO: Pekerja kesihatan India kini menjadi tumpuan Jepun sebagai sumber tenaga kerja pengasuh yang berpotensi, dengan harapan akses tenaga kerja dari negara paling ramai penduduk itu mampu membantu mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor berkenaan, lapor Kyodo News.
Ringkasan AI
- Jepun memperoleh pekerja pengasuh dari India sebagai langkah mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan yang dijangka mencapai 570,000 orang menjelang tahun fiskal 2040 akibat penuaan penduduk.
- Syarikat penjagaan utama, Sompo Care Inc., telah merekrut enam pekerja asing dari India yang telah dilatih dalam Bahasa Jepun dan kemahiran penjagaan sebelum tiba di Jepun dengan visa pekerja mahir tertentu.
- Kementerian tempatan di Jepun turut memperlihatkan minat terhadap pekerja dari India dengan mengadakan seminar dan lawatan bagi memahami kemahiran dan potensi pekerja pengasuh dari negara tersebut.
Syarikat itu kini menggaji kira-kira 300 pekerja asing, kebanyakannya dari Filipina dan Myanmar.
"Kami tidak memberi layanan berbeza kepada pekerja Jepun dan asing, jadi mereka yang menunjukkan prestasi baik boleh menyasarkan jawatan pengurusan," kata Mitsuru Sakoda, ketua pejabat perniagaan luar negara firma itu.
Seorang daripada enam warga India yang direkrut oleh Sompo Care, Rincy George membantu warga emas di sebuah rumah penjagaan di Taito Ward, Tokyo. Beliau sebelum ini bekerja sebagai jururawat di negaranya, tetapi gaji rendah dan kekurangan peluang pekerjaan mendorongnya mencari pilihan lain.
"Jepun adalah selamat dan mempunyai banyak peluang pekerjaan. Saya ingin menjadi pengasuh bertauliah pada masa depan," kata wanita berusia 25 tahun itu.
Berdasarkan anggaran kerajaan, Jepun dijangka menghadapi kekurangan 570,000 pekerja penjagaan menjelang tahun fiskal 2040 akibat penuaan populasinya. Program Pekerja Mahir Tertentu dilancarkan pada 2019 untuk membawa masuk warga asing yang sudah mempunyai kemahiran dalam pelbagai sektor untuk mula bekerja serta-merta.
Sehingga akhir Jun 2025, kira-kira 54,000 warga asing di bawah status mastautin ini bekerja dalam sektor penjagaan, dengan warganegara Indonesia, Vietnam dan Myanmar mewakili kira-kira 70 peratus.
Warga India, yang pengambilan mereka bermula sepenuhnya sekitar 2022, berjumlah kira-kira 300 orang, tetapi angka itu menunjukkan lonjakan 73 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dengan populasi 1.4 bilion dan kesediaan umum untuk berhijrah ke luar negara demi pekerjaan, kerajaan tempatan di Jepun juga mula menunjukkan minat terhadap India, yang pekerjanya terkenal dengan keterbukaan terhadap pembelajaran bahasa dan kemahiran komunikasi yang baik.
Kerajaan Wilayah Shizuoka di tengah Jepun telah mengadakan seminar untuk pembekal pekerja penjagaan bagi mendalami pemahaman tentang pengasuh India, manakala Kerajaan Wilayah Ibaraki di timur telah menganjurkan lawatan ke sekolah Bahasa Jepun dan organisasi perekrutan di India.
Makoto Kato, penyelidik kanan di Mitsubishi UFJ Research and Consulting Co., mengakui potensi masa depan India tetapi menekankan bahawa "Jepun perlu mempamerkan kekuatan kerjaya pengasuhan sebagai laluan kerjaya yang stabil, sambil memperbaiki persekitaran keseluruhan untuk pekerja asing."
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menjadi tumpuan Jepun dalam memperoleh sumber tenaga kerja pengasuh? A: Jepun kini memberi tumpuan kepada pekerja kesihatan dari India sebagai sumber tenaga kerja pengasuh yang berpotensi untuk mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor tersebut.
- Q: Bagaimana Sompo Care Inc. membantu pengasuh dari India memasuki pasaran kerja Jepun? A: Sompo Care Inc. meningkatkan usaha melatih pengasuh dari India, memberikan latihan dalam Bahasa Jepun serta kemahiran penjagaan sebelum membawa mereka ke Jepun.
- Q: Berapakah jumlah pekerja asing yang kini dipekerjakan oleh Syarikat Sompo Care Inc.? A: Syarikat Sompo Care Inc. kini menggaji kira-kira 300 pekerja asing, kebanyakannya dari Filipina dan Myanmar.
- Q: Apa program yang dilancarkan oleh Jepun pada tahun 2019 untuk membawa masuk warga asing yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai sektor? A: Program Pekerja Mahir Tertentu dilancarkan pada 2019 untuk membawa masuk warga asing yang sudah mempunyai kemahiran dalam pelbagai sektor untuk mula bekerja serta-merta.
- Q: Mengapakah pengambilan pekerja dari India dijangka meningkat dalam sektor penjagaan di Jepun? A: Pengambilan pekerja dari India dijangka meningkat kerana India terkenal dengan keterbukaan terhadap pembelajaran bahasa dan kemahiran komunikasi yang baik, serta keperluan Jepun untuk mengatasi kekurangan pekerja penjagaan akibat penuaan populasi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

