awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 383 tabika dan taska Kemas ditutup

Bernama
Bernama
05/10/2020
10:48 MYT
COVID-19: 383 tabika dan taska Kemas ditutup
Penutupan itu melibatkan tabika dan taska di tiga negeri iaitu Kedah, Sabah serta Terengganu yang telah bertukar status menjadi Zon Merah akibat penularan pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Sejumlah 383 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah ditutup setakat ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Beliau berkata penutupan itu melibatkan tabika dan taska di tiga negeri iaitu Kedah, Sabah serta Terengganu yang telah bertukar status menjadi Zon Merah akibat penularan pandemik COVID-19.
"Di Kedah, sejumlah 276 tabika ditutup, di Sabah sebanyak 96 tabika, di Terengganu pula dua tabika manakala sembilan lagi yang ditutup adalah Taska di Sabah," katanya ketika diminta mengulas penutupan itu susulan peningkatan kes COVID-19 selepas merasmikan Hari Potensi Kemas Wilayah Persekutuan di Dewan Kuartza, Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kg Sri Batu di sini hari ini.
Ketika berucap pada majlis itu, Mohamad Yasid berkata sambutan Hari Potensi Kemas tahun ini adalah berbeza kerana dilaksanakan secara dalam talian dan disertai 316 tabika di seluruh Malaysia.
"Program Hari Potensi Kemas merupakan acara tahunan dan dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum tabika dengan tujuan mencungkil bakat, memupuk nilai-nilai murni, membentuk keyakinan diri, memberikan kecergasan mental dan ketangkasan fizikal, mengembangkan minat, kreativiti dan estetika kanak-kanak prasekolah selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#Kanak-kanak
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#koronavirus
#pandemik
#Malaysia
#coronavirus
#COVID-19
#Kemas
#TABIKA
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan