43 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,445 kes, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala, 38 kes melibatkan penularan dalam negara.

Penularan kes dalam negara pula melibatkan 23 warga asing dan 15 kes kalangan rakyat Malaysia.

Bagi 23 kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:


Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (15 kes) pula adalah seperti berikut:


Dalam pada itu, 143 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,311 kes

Sehingga kini, sebanyak empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, berlaku pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

* Kes kematian ke-120 (kes ke-8403) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 96 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan ujian COVID-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan.