KUALA TERENGGANU: Sebanyak 463 kes COVID-19 akibat aktiviti rentas negeri (import B) dikesan di Terengganu bagi tempoh Mei dan Jun tahun ini seterusnya mencetuskan lima kluster yang besar dalam komuniti, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata kes import B dari pelbagai negeri itu merekodkan bilangan tertinggi di Kemaman iaitu sebanyak 307 kes diikuti Kuala Terengganu (36 kes) dan bakinya di daerah lain.
"Ini telah mencetuskan lima kluster besar seperti Kluster Gong Badak (226 kes), Kluster Langgar Hilir (45 kes), Kluster Industri Teluk Kalong (109 kes), Kluster Pasar Kemunting, Pahang (13 kes) dan Kluster Kubang Jela (131 kes).
"Terbaharu, Kluster Gong Pasir di Dungun juga berpunca daripada rentas negeri dan sehingga kini, sebanyak 40 kes positif COVID-19 telah dikesan daripada kluster itu," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya malam tadi.
Dr Nor Azimi berkata sebahagian kes import B yang berjaya dikesan itu membabitkan individu yang menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas di Terengganu.
"Cara begini kita boleh kesan awal dan penularan dapat dicegah...yang membimbangkan kita adalah warga Terengganu sendiri yang sering berulang-alik ke negeri berisiko atas sebab kerja dan lain-lain urusan.
"Rentas negeri tiada masalah namun mereka mesti lebih bertanggungjawab untuk jaga diri sendiri agar tidak memberi risiko kesihatan kepada orang lain. Jika kita tahu kita berisiko, pergilah buat penilaian dan saringan di Klinik Kesihatan berdekatan. Jangan sebab kelalaian kita, orang lain yang terkena," katanya.
Dr Nor Azimi berkata kemungkinan jangkitan berlaku disebabkan mereka gagal mematuhi SOP (prosedur operasi standard) semasa berada di negeri luar atau gagal patuh SOP semasa perjalanan pulang ke Terengganu.
"Namun, berkemungkinan mereka masih melakukan aktiviti berhimpun bersama keluarga atau rakan terdekat sedangkan baru pulang daripada rentas negeri kerana ini adalah antara punca berlakunya penularan dalam komuniti dan akhirnya membentuk kluster baharu di Terengganu.
"Kita tidak mahu sebab kelalaian seperti ini (gagal mematuhi SOP) menyebabkan Terengganu terpaksa patah balik ke Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kita nak bergerak ke Fasa Tiga, bukannya ke belakang," katanya.
Pada masa ini, ujian saringan sebelum seseorang individu rentas negeri masuk ke Terengganu belum diwajibkan dan ia adalah keputusan dasar yang hanya boleh diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan pusat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Sebahagian kes import B yang berjaya dikesan itu membabitkan individu yang menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas di Terengganu. - Foto fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.