awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 48 kes baharu varian Delta dilapor hari ini - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
11/11/2021
12:25 MYT
COVID-19: 48 kes baharu varian Delta dilapor hari ini - KP Kesihatan
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes dikesan di Pulau Pinang, 12 di Pahang dan dua di Perlis. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 48 kes baharu membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu Delta (B.1.617.2) dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes dikesan di Pulau Pinang, 12 di Pahang dan dua di Perlis.
Beliau berkata, kesemua kes dikenal pasti menerusi kajian berterusan Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE-UiTM).
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC serta varian yang perlu diberi perhatian (VOI) adalah sebanyak 3,830 kes dan daripada jumlah itu, 3,810 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
"Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 3,570 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Bagi VOI pula, sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta dikesan setakat hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Varian Delta
#Dr Noor Hisham Abdullah
#virus SARS-CoV-2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan