MALAYSIA
COVID-19: 48 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,195
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 48 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,195 orang daripada 2.6 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 48 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 68,755 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 55,278 individu atau 80.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 7,422 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,539 kes dirawat di hospital dan 516 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 244 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 272 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami