KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,738 jangkitan baharu positif COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 678,764 kes.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitternya.

Dalam ciapan itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negeri Selangor terus mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,825 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (1,086 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (559 kes).

Sementara negeri-negeri yang merekodkan jumlah kes di bawah 500 ialah Johor 449 kes, Sabah (248 kes), Kedah (197 kes), Melaka (184 kes) dan Kelantan (154 kes).

Dr Noor Hisham turut berkongsi statisik negeri-negeri yang jangkitan baharu di bawah angka 100 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 97 kes, Terengganu (77 kes), Pahang (54 kes), Perak (30 kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (7 kes).

Dalam pada itu, sebanyak 60 korban dicatatkan pada Khamis menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 4,202.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini meningkat kepada 66,097 kes.

Manakala 7,530 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh pula sebanyak 608,465 kes.

Sehingga kini sebanyak 909 kes dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), 441 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.