PUTRAJAYA: Seramai 509 pengamal perubatan am (GP) swasta telah diberikan surat kuasa untuk mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata HSO itu akan dikeluarkan kepada pesakit positif yang akan dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang diuruskan pusat perubatan swasta atau di rumah masing-masing.
"Seramai 509 GP telah diberikan surat kuasa untuk menyerahkan gelang HSO bagi pesakit yang dikesan positif untuk dirawat di PKRC mereka atau dihantar ke rumah serta dipantau," katanya.
Dr Adham berkata demikian dalam sidang media khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengurus pandemik COVID-19 di Lembah Klang, di sini hari ini.
Beliau berkata KKM menerima permohonan dari semasa ke semasa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Kerjasama antara GP dan pusat perubatan swasta telah bertambah untuk membantu KKM," katanya menambah KKM sedang bekerjasama dengan pengamal perubatan swasta dan majikan untuk menubuhkan Pusat Penilaian COVID-19 dan PKRC yang dikendalikan sendiri.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata seramai 2,341 petugas kesihatan dijangkiti walaupun telah menerima vaksin namun tidak melibatkan gejala teruk.
"Kakitangan kesihatan yang dijangkiti selepas diberi vaksin seramai 2,341 dengan 778 orang dalam kategori satu, 1,559 dalam kategori dua, dua orang masing-masing dalam kategori tiga dan empat dan belum ada bagi kategori lima.
"Kebaikan vaksin adalah mereka tidak sampai ke kategori lima dan dapat mengurangkan kematian atau keparahan. Vaksin melindungi petugas dijangkiti teruk," katanya.
Seramai 9,392 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 sejak pandemik melanda negara dengan jururawat yang paling terkesan iaitu 3,411 orang dan pegawai perubatan seramai 1,229 orang, katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata isu permohonan dana dari pihak swasta tidak timbul kerana dana yang diberikan kementerian mencukupi untuk pengurusan COVID-19.
Sebanyak RM1 bilion telah dibelanjakan untuk memenuhi keperluan semasa dan KKM kini sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi pertambahan RM1 bilion untuk keperluan kesiapsiagaan sehingga Disember ini sekiranya kes bertambah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
Dr Adham berkata, seramai 2,341 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 walaupun telah menerima vaksin namun tidak melibatkan gejala teruk. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.