Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali

Suspek telah ditangkap dan sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun serta enam sebatan bagi dua kes terdahulu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, melibatkan seorang guru di sebuah sekolah di Desa Pandan.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, laporan dibuat pada jam 12.27 tengah hari oleh bapa mangsa, pada 3 Februari lalu.
"Mangsa mendakwa telah mengenali suspek yang merupakan seorang guru di sekolah berkenaan dan menyatakan telah beberapa kali diliwat oleh suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mohamad Lazim berkata, suspek telah ditangkap dan sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun serta enam sebatan bagi dua kes terdahulu melibatkan mangsa yang berbeza.
Beliau menegaskan siasatan berhubung kes ini masih berjalan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


