Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah memeriksa kira-kira 65.6 peratus penduduk di Pulau Gaya, dekat sini dan mengambil 1,600 sampel dalam aktiviti kawalan serta pencegahan COVID-19 selama tiga hari, berakhir semalam, kata Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi.
"Aktiviti itu dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan RELA," katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.
Sebelum ini, kerajaan Sabah menerusi Sabah COVID-19 Command Centre menghentikan serta-merta pergerakan penduduk dari Pulau Gaya ke tanah besar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha membendung penularan jangkitan wabak itu di negeri ini.
Dr Christina berkata, JKNS terus berusaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang COVID-19 menerusi 13 Unit Bergerak Promosi Kesihatan yang akan melakukan hebahan awam setiap hari di seluruh negeri.
"Selain itu, orang awam turut dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih berkaitan COVID-19 menerusi laman Facebook Unit Promosi Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Telegram CPRC KKM," katanya.
Beliau berkata sebanyak 809 orang telah ditempatkan di pusat kuarantin seluruh Sabah, dengan lapan daripadanya telah dibenarkan pulang semalam.
Dr Christina berkata setakat ini, 6,538 orang diletakkan di bawah kuarantin di rumah dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,567 masih dalam pengawasan dan pemerhatian JKNS, manakala selebihnya atau 971 orang telah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020

Sekumpulan penduduk Pulau Gaya terpaksa berpatah balik kerana larangan ke tanah besar berikutan PKP baru-baru ini. Gambar fail/ Astro AWANI.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan - KKM
Bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.

KKM ambil langkah advokasi, bimbang penjualan vape 'Tiger Pod' semakin berleluasa
Kementerian Kesihatan (KKM) terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan

Sistem e-Pharmacist dibuka semula 30 Januari susulan gangguan teknikal
KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist bagi pemilihan penempatan latihan siswazah untuk Pegawai Farmasi Gred UF41 mulai 12 tengah hari 30 Jan hingga 1 Feb ini.

Angka kematian terus meningkat dalam protes Peru Selatan
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut berikutan rusuhan di Juliaca, Peru Selatan, semalam.

COVID-19: Ambil langkah cegah berkesan agar rakyat tidak berkurung sekali lagi - Khutbah Jumaat
Semua pihak diingatkan untuk bersama-sama mengambil pelbagai langkah pencegahan dalam menangani lonjakan baharu kes COVID-19.

Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha
Pemberian suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks kepada pelajar Tingkatan 1 akan dikembalikan semula.

Thailand keluarkan garis panduan mengenai ganja
Menghisap ganja di khalayak ramai untuk rekreasi boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga 25,000 baht RM3,230).

KKM tawar 4,914 jawatan tetap mulai hari ini - Dr Zaliha
Ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Tidak perlu bimbang COVID-19 di China, tingkatkan pemberian dos penggalak - Pakar
Fenomena yang dialami China ketika ini adalah sama dengan pengalaman negara-negara lain.

Kemasukan lebih ketat untuk pelancong dari China - PM Jepun
Kerajaan Jepun dilaporkan bakal memperketatkan kemasukan pelancong dari China ke negara itu bermula Ahad ini (8 Jan) sebagai langkah kawalan wabak COVID-19.