awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 732 kes baharu, enam kematian - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
21/10/2020
10:12 MYT
COVID-19: 732 kes baharu, enam kematian - Dr Noor Hisham
DR NOOR HISHAM: Daripada jumlah kes hari ini, 724 merupakan penularan tempatan dan terdapat lapan kes import yang melibatkan enam warganegara dan dua rakyat asing. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Selepas beberapa hari berturut-turut merekodkan jumlah kes harian melebihi angka 800, hari ini Kementerian Kesihatan melaporkan kes positif COVID-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu 732 kes selain enam kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan dalam tempoh 24 jam lepas itu menjadikan angka terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 22,957 kes dengan kes aktif sebanyak 7,827 kes.
"Daripada jumlah kes hari ini, 724 merupakan penularan tempatan dan terdapat lapan kes import yang melibatkan enam warganegara dan dua rakyat asing.
"Sabah masih menjadi negeri dengan kes jangkitan tertinggi iaitu 535 kes atau 73.1 peratus," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini.
Dr Noor Hisham berkata tempoh 24 jam lepas hingga tengah hari tadi juga merekodkan 580 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 sebanyak 14,931 kes atau 65 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan yang dilaporkan.
Beliau berkata pada masa ini terdapat 102 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#kes harian
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#pandemik
#unit rawatan rapi
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan