awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 77 kematian baharu, 13 merupakan kes BID

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2021
11:38 MYT
COVID-19: 77 kematian baharu, 13 merupakan kes BID
Analisa CPRC Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes). - Gambar hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 77 kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan 13 daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 66 daripada keseluruhan kematian mempunyai komorbiditi.
"51 kes kematian merupakan lelaki dan 26 kes kematian merupakan perempuan. 46 kematian merupakan individu berusia 60 tahun ke atas, 30 mangsa berusia 30 hingga 59 tahun dan satu mangsa berusia bawah 30 tahun," memetik kenyataan media beliau hari ini.
Selangor masih merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 30 kes, diikuti 10 kematian masing-masing di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, Melaka (8), Johor (7), Kedah dan Pahang masing-masing (4), diikuti Kelantan (3) dan Labuan (1).
Ringkasan kes kematian baharu #COVID19, 5 Julai 2021. 77 kes kematian dilaporkan termasuk 13 kes Brought-In-Dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/azO63wj9WY
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 5, 2021
Memetik laporan sebelum ini, sehingga 2 Julai 2021, KKM telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian (0.70 peratus) sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Manakala, sebanyak 4,856 (91.2 peratus) kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021.
Daripada jumlah kematian pada tahun 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian BID dilaporkan.
Analisa Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).
Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun (iaitu sebanyak 76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).
Tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti Kuala Lumpur iaitu sebanyak 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah sebanyak 85 kes (12.7 peratus).
Justeru, KKM menasihati orang ramai supaya cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#COVID-19
#kes kematian
#kematian COVID-19
#COVID19
#kes BID COVID-19
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan