SERAMAI 19,336,889 individu atau 82.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 93.6 peratus atau 22,599,346 populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,847,256 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.