KUALA LUMPUR : Trend kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes baharu.

Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin:

1. Sebanyak 85 kes atau bersamaan 0.4 peratus daripada 19,740 jangkitan baharu merupakan pesakit kategori 5 atau kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan.

2. Kadar kes kematian bertambah sebanyak 274 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 12,784 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi sebanyak 249,277.

4. Sebanyak 1,047 pesakit sedang dirawat di ICU manaka 520 pesakit lagi memerlukan bantuan pernafasan.

5. Sebanyak 19 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

BACA: COVID-19: Kes baharu menurun kepada 19,740 - Dr Noor Hisham

B
ACA: COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja