awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 86 peratus kes BID tiada pemantauan pengamal perubatan - Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/09/2021
10:56 MYT
COVID-19: 86 peratus kes BID tiada pemantauan pengamal perubatan - Khairy
Khairy berkata, KKM telah mengenal pasti langkah proaktif yang boleh diambil bagi membendung kes BID dengan lebih efektif. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sebanyak 86 peratus daripada 2,417 kes kematian di luar hospital (BID) akibat COVID-19 tidak berada di bawah pemantauan mana-mana institusi atau pengamal perubatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, berdasarkan data sejak Januari sehingga Ogos tahun ini, hanya 14 peratus sahaja kes BID berada di bawah pemantauan hospital Kementerian Kesihatan (KKM) atau swasta.
Sehubungan itu, beliau berkata, KKM telah mengenal pasti langkah proaktif yang boleh diambil bagi membendung kes BID dengan lebih efektif.
“Antara strategi (yang dikenal pasti) untuk mengurangkan BID, adalah untuk pastikan (pemantauan) jumlah (pesakit) yang tidak berada di bawah pemantauan KKM, sama ada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau pengamal perubatan am swasta, dapat ditingkatkan.
“Kami cuba memahami faktor sebenar masalah ini, dan saya telah mengarahkan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (KKM) pagi ini untuk mengenal pasti mengapa kes ini tidak di bawah sebarang pemantauan perubatan.
“Jadi kami boleh membuat kesimpulan, serta dapat memberi nasihat yang lebih tepat kepada orang awam, supaya anda boleh membuat ujian saringan, atau terus dirujuk kepada CAC atau GP,” katanya lagi.
[TERKINI] Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Dalam pada itu, Khairy berkata, bagi mengurangkan tekanan di hospital COVID-19, KKM telah memutuskan agar pesakit COVID-19 tahap tiga kini akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Selain itu, beliau berkata, pesakit tahap dua yang dikenal pasti berisiko tinggi, atau dikenali sebagai Kategori 2B, turut dimasukkan ke PKRC, bagi mengurangkan risiko penularan yang lebih tinggi.
Bagi pesakit yang perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah tetapi masih mempunyai risiko tertentu, Khairy berkata, mereka akan diberikan alat pengukur oksigen (oximeter).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bid
#Khairy Jamaluddin
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan