MALAYSIA
COVID-19: 9 kematian baharu direkodkan, 1 BID

KKM melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,892 orang, daripada lebih 2.83 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 45,120 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 37,491 individu atau 83.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,644 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 2,842 kes dirawat di hospital dan 143 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 90 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 53 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami