JOHOR BAHRU:Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarahkan ditutup bermula 1 November hingga 14 November depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata turut ditutup ialah semua Tadika Agama Johor, semua Sekolah Darjah Khas, Kolej Marsah Johor serta Mahaad Johor.
Katanya semua Pusat Tafiz dan Madrasah yang berdaftar dengan JAINJ juga diarah tutup.
"Tindakan itu dibuat selepas daerah Johor Bahru diumumkan sebagai zon merah.
"Pecahan Pusat Tahfiz yang ditutup ialah madrasah tahfiz swasta (40), madrasah tahfiz swasta berdaftar penuh (18), madrasah tahfiz swasta dalam proses pendaftaran (22), Sekolah Rendah Islam Swasta (21) dan Sekolah Menengah Islam Swasta (6) melibatkan 8,803 murid.
"Selain itu semua Sekolah Agama persendirian yang berdaftar dengan JAINJ termasuk kelas-kelas pengajian Al-Quran di bawah guru-guru Al-Quran JAINJ, turut diarahkan ditutup dalam tempoh sama," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Oct 30 2020

Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan JAINJ dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarah ditutup bermula 1 hingga 14 November depan. -Gambar fail

AWANI Ringkas: Tun M akui tidak tentang Anwar sebagai PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Indonesia pecah rekod kes harian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Ada simptom atau tidak, kontak rapat akan disaring - Uggah
Sarawak akan mewajibkan saringan COVID-19 ke atas setiap kontak rapat pesakit wabak itu sama ada mereka mempunyai simptom atau tidak.

Bot tunda karam: Mangsa berenang tujuh jam, 3 masih hilang
Dia berenang selama lebih tujuh jam untuk sebelum ternampak tongkang yang sebelum itu ditunda oleh bot mereka yang dihanyutkan ombak.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 15 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang perketat kawalan keluar, masuk
Ppemeriksaan di stesen berkenaan dibuat bagi memastikan semua pengguna komuter serta ETS mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak merentas negeri tanpa kebenaran.

AWANI Ringkas: PKP di Kelantan, tiga daerah Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [15/01/2021]: PKP dikuatkuasakan di Kelantan | Tiga fasa suntikan vaksin AWANI 7:45 [15/01/2021]: PKP dikuatkuasakan di Kelantan | Tiga fasa suntikan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/15786204111610716202552/1885680_1221140381610716645763_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [15/01/2021]: PKP dikuatkuasakan di Kelantan | Tiga fasa suntikan vaksin
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - Tun M dakwa Perdana Menteri diktator. - PKP dilaksanakan di Kelantan bermula esok. - Tinjauan dapati rakyat gagal patuh SOP. #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

COVID-19: KKM akan adakan perbincangan lanjut mengenai pengurusan pesakit di hospital swasta
KKM akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia dalam masa terdekat berkenaan pengurusan pesakit COVID-19.

969 institusi pendidikan Islam di Johor ditutup mulai hari ini
Penutupan melibatkan 195 buah Tadika Agama Johor, 571 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan 109 madrasah tahfiz.

COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup
Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarahkan ditutup bermula 1 November.

Jakim sokong Johor guna tulisan Jawi - Mujahid
Jakim sokong inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menggunakan tulisan Jawi dalam urusan surat menyurat kerana ia dilihat dapat memartabatkan tulisan itu.

Tulisan Jawi dalam urusan agama Islam di Johor bermula 2020
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan.

Lelaki nekad terjun dari tingkat tiga hotel bajet untuk elak dicekup JAINJ
Seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet bagi meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa dalam Ops Banteras Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Pekerja,

Ops Maksiat: Isteri orang antara 5 pasangan ditahan JAIJ
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) Batu Pahat mencekup lima pasangan kekasih dalam Operasi Cegah Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina di sini, awal pagi ini.

Empat pasangan ditahan dalam operasi banteras maksiat malam Hari Pekerja
Empat pasangan itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di tiga buah hotel murah yang diserbu di Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi Indah bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi ini.

Sebat kaki pelajar: Madrasah tahfiz swasta disiasat
Ia susulan laporan kes salah seorang pelajarnya disebat oleh pembantu warden asrama madrasah itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kaki.