awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 970 kes baharu, empat kematian dalam tempoh 24 jam

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/11/2020
10:20 MYT
COVID-19: 970 kes baharu, empat kematian dalam tempoh 24 jam
Dr Noor Hisham berkata, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi penularan dalam tempoh 24 jam dengan pertambahan sebanyak 318 kes diikuti Sabah (293 kes) dan Selangor (115 kes).
PUTRAJAYA:Sebanyak 970 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 59,817 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 12,971 kes manakala lima kes import dilaporkan dan selebihnya merupakan penularan dalam negara,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia turut mencatat pertambahan empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini menjadi 345.
Setakat ini juga, kata beliau,, terdapat 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 47 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Mengenai penularan COVID-19 mengikut negeri pula, Dr Noor Hisham berkata, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi penularan dalam tempoh 24 jam dengan pertambahan sebanyak 318 kes diikuti Sabah (293 kes) dan Selangor (115 kes).
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengenal pasti sebahagian besar kes yang menyumbang penularan di Negeri Sembilan adalah daripada Kluster Bakti dengan pertambahan sebanyak 301 kes.
Dalam masa sama, beliau berkata, Malaysia terus merekodkan kes sembuh dengan pertambahan sebanyak 2,348 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 46,501 kes.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan baharu
#kematian
#Kes sembuh
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan