Agrobank menutup sementara 24 cawangan dan 30 kiosk di seluruh negara, akibat penularan wabak COVID-19.
Langkah itu diambil bagi membolehkan Agrobank melindungi pelanggan dan pekerja mereka dengan lebih baik sambil memastikan akses yang memuaskan kepada perkhidmatan perbankannya.
Namun begitu, kesemua 118 cawangan dan kiosk yang lain akan terus beroperasi dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan waktu perkhidmatan yang telah dipendekkan dari 9.30 pagi hingga 3.00 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak itu.
Selain daripada waktu perkhidmatan kaunter, waktu operasi harian semua Terminal Layan Sendiri termasuk ATM dan CDM turut dihadkan dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh MCO.
Agrobank juga menggalakkan para pelanggannya untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perbankan internet, AGRONet dan AGRONetBIZ serta aplikasi mudah alih, AGRONet Mobile.
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan Agrobank di 1-300-88-2476 atau layari www.agrobank.com.my untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Agrobank termasuk moratorium dan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) semasa waktu sukar ini.
-BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Agrobank menggalakkan pelanggannya untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perbankan internet. Gambar fail.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.