Semua aktiviti pasar malam, tamu mingguan, pasar borong, gerai buah-buahan segar dan gerai terbuka di sini diarah tutup sementara berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Koh Kian Leong berkata arahan itu diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau yang diadakan semalam.

"Tujuan penutupan ini adalah untuk mencegah penularan wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Koh berkata pembukaan semua pasar berkenaan akan dimaklumkan kelak.

-- BERNAMA