MALAYSIA
Operator kilang maut kereta terbabas langgar pokok

Keadaan kereta mangsa yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam pagi Sabtu. -Foto IPD Kluang
KLUANG: Gara-gara hilang kawalan, seorang operator kilang maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, pada pagi Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang operator kilang maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di KM76, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.
- Mangsa, Kamaruzaman Kussin, 32, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan diteruskan oleh Insp. K. Pugalenthi.
“Bagaimanapun, ketika sampai ke lokasi kejadian, kereta jenis Proton Satria yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.
“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Untuk rekod, kemalangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan dan kanan kenderaan mangsa yang beralamat di No. 262, Felda Pemanis Satu, 85009 Segamat, Johor.
Sementara itu, Nik Mohd Azmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan dan dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat, Insp. K. Pugalenthi,” katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami