awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka korban harian meningkat kepada 98 kes

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2021
01:15 MYT
COVID-19: Angka korban harian meningkat kepada 98 kes
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,674. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Angka kematian harian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini, catat sedikit peningkatan apabila 98 kes direkodkan pada Rabu berbanding 84, hari sebelumnya.
Data Kementerian Kkesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 32 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,674.
Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,803.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.
Terdapat 562 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.
Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 59.2 peratus, namun Sarawak masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu dengan 78.8 peratus.
Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 292 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#korban
#bid
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan