KUALA LUMPUR:Terdapat dua lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikenali sebagai Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Bah Puchong dikenal pasti di Petaling, Selangor; Larut, Matang dan Selama serta Kinta, Perak.
Seramai tiga individu melibatkan kluster itu disahkan positif pada 5 Oktober lalu, diikuti dua kes selepas itu.
“Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-13061, kes ke-13065 dan kes ke-13069) dikenal pasti positif pada 5 Oktober hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi kes positif COVID-19 di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama, serta daerah Kinta, dikenal pasti.
"Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 39 individu telah disaring.
BACA: COVID-19: 489 kes baharu, tiada kematian dilaporkan hari ini
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
Sementara itu, bagi Kluster Penjara Reman pula, telah dikenal pasti di daerah Timur Laut, Pulau Pinang melibatkan kes kematian ke 141.
Menurut Noor Hisham, kes berkenaan merupakan seorang lelaki warganegara berusia 85 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri dalam penjara pada 5 Oktober sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.
“Saringan COVID-19 dijalankan pada hari sama dan saringan kontak rapat mendapati enam lagi didapati positif COVID-19 pada 6 Oktober.
“Semua kes ini melibatkan warganegara dan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 10 kluster aktif COVID-19 mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Kluster Tembok kekal mencatatkan pertambahan tertinggi dengan 139 kes baharu.
Selain itu, kluster lain yang mencatatkan pertambahan kes adalah Kluster Bah Sintok (14 kes); Kluster Jalan Meru (empat kes); Kluster Laut (dua kes); Kluster Benteng PK (dua kes); Kluster Selasih (dua kes); serta Kluster Bah Tanjung dan Kluster Embun masing-masing catat satu kes baharu.
Hilmi Malik
Wed Oct 07 2020
Kluster Penjara Reman dikenal pasti di daerah Timur Laut, Pulau Pinang melibatkan kes kematian ke 141.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Antara tumpuan utama perkembangan COVID-19 hari ini
Sebanyak 487 merupakan penularan tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.
COVID-19: Bah Puchong, Penjara Reman - KKM kesan dua lagi kluster baharu
Kluster Bah Puchong dikenal pasti di Petaling, Selangor; Larut, Matang dan Selama serta Kinta, Perak.