awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses pengundian PRK Kinabatangan, Lamag berjalan lancar setakat ini - Polis
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion

Bernama
Bernama
24/01/2021
19:55 MYT
COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Bank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350,000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas.
KUALA LUMPUR:Bank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350,000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerusi bantuan kewangan dengan jumlah pembiayaan yang tertunggak sekitar RM37.9 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata sejak program Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Bank Islam pada Oktober tahun 2020, hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.
"Sebagai bank yang bertanggungjawab, kami mahu membantu pelanggan menguruskan kewajipan kewangan mereka, terutama pada masa yang sukar ini.
"Bank Islam telah berhubung dengan pelanggan secara konsisten untuk memberikan sokongan kepada mereka. Kami kekal komited untuk membantu mereka dalam menempuh masa yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.
Bank Islam memberi jaminan bahawa perkhidmatan perbankannya dapat terus diakses melalui platform perbankan mudah alih dan dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memenuhi keperluan perbankan pelanggannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Islam
#bantuan kewangan
#syarikat perniagaan
#pandemik
#COVID-19
#PKP
#pembiayaan tertunggak
#Mohd Muazzam Mohamed
#Bantuan Pembayaran Semula Bersasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan